Haloo....
Saya baru selesai dinner kat rumah...penat banget lah harini...sempat melelapkan mata selepas magrib nasib baik tak gilak.huhuhu....
And now, baru ada masa untuk saya mengupdate blog. wahh...dan, hari ini saya bangun seawal 8.00pagi.. semalam sudah penat menolong kemas-kemas, potong itu-ini..untuk kenduri hari ini...anak-anak buah & sedara semua dah bangun lagi awal lagi saya, queue untuk mandi..dan kemudian breakfast....what's for breakfast? roti bom, murtabak, kuih kocok....then ada behun goreng...sepat aja semua...Sejurus selepas selesai breakfast bersama keluarga, kami (yang muda-mudi jelita) melakukan operasi seterusnya apedia??? yeahh..pasang lansir....letak carpet...then, susun pinggan mangkuk dalam dulang...potong buah, letak dadih.etcs.....Tepat pukul 12.00 tgh hari, orang mula datang..pakcik-pakcik masjid...doa selamat & tahlil.kemudian makan...lepas yang tetamu makan...kami yg muda-mudi & yang veteran pula menikmati makanan...gulai ayam masak cili padi, sotong kering sambal, kari daging, kerabu kerang, dadih, papedem & tembikai..
Lepas semua sumbat makanan, saya & mereka-mereka meneruskan operasi seterusnya yang diketuai oleh abg mail sebagai mandor...iaitu operasi membasuh pinggan mangkuk.....operasi berjalan dengan jayanya...tanpa sebarang masalah.
Kemudian, selepas penat...kami pun melepak di dalam port rahsia kami , bergossip sambil exchanged photos.....lepak punya lepak...
mak-mak dan yang veteran sibuk pulak..di luar cuci mata tengok gelang,rantai & jam cristal pelbagai bentuk.hahahaha..sungguh kecoh! sesi meng-order pelbagai warna & corak gelang dan rantai dimulakan.. saya pun ter-order 2 gelang cristal tersebut...satu untuk saya & satu lagi for my mum.....
Seterusnya lagi, upacara memotong kek birthday boy...umor? dirahsiakan....cucu-cucu a.k.a anak-anak buah menyanyikan lagu happy birthday untuk Dato' & selepas selesai...photo shoots, bacaaan doa, suap-menyuap..dan makan!!!!!
Selepas selesai makan-makan, mesyuarat keluarga dimulakan. di pengerusikan oleh Kak Ros dan penaungnya ialah Dato' Roslan. ...mesyuarat untuk Hari Keluarga yang seterusnya yang bakal diadakan di PD...(reason : terdekat). Saya telah dilantik menjadi setiausaha program...dan kehadiran penuh dari 9 keluarga. Pelbagai cadangan telah diusulkan oleh wakil-wakil setiap keluarga & mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30pm...dan akan disambung insyaAllah pada bulan Febuari.
Sekian...terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment