all time favs!

Monday, September 29, 2008

Hmm...seems that tahun ni...byk biskut raya hanya dibeli & perhaps 3 jenis je mampu dibuat.
so, hari ini... sempatlah buat 2 jenis, biskut arab & all time favs biskut cornflakes ceri ni.hiihi maaflah ada kehangusan sedikit.hiks! satu dalam paper cup & 1 tanpa paper cup.
Resepi :(source: http://ishzah.fotopages.com)

Bahan-bahan:
210 gm mentega
1 cwn gula halus
2 biji kuning telur
11/2 cwn tepung naik sendiri - di ayak
200 gm cornflake - dihancurkan sedikit
1/2 cawan halwa ceri merah - di cincang
1/2 cawan badam panggang - di buang kulit dan di cincang

Cara-caranya:
Panaskan ketuhar dengan suhu 170c.
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan pekat mcm krim.
Masukkan kuning telur.Pukul rata-rata.
Campur tepung, cornflake, ceri dan badam.
Adun hingga sebati.
Bulatkan adunan kecil - kecil dan leperkan mengguna garfu di atas dulang yg telah di gris sedikit.
Atau jika suka boleh juga di letakkan adunan kuih itu ke dalam mangkuk kertas.
Bakar di dalam ketuhar sehingga agak keperangan selama 18 minit atau sehingga masak.
Bila dah sejuk simpanlah dalam balang yg kedap udara agar ianya tidak lemau.

*crunchie hiks!*

*rupa takdak manis ada*

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya maaf zahir batin...

ms. idayu on September 29, 2008 at 10:30 PM said...

hmmm slamat hari raya..sape nih?

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada